PERATURAN ASRAMA
Segala peraturan berikut berkuat kuasa sebaik sahaja
seseorang pelajar melaporkan diri untuk tinggal di asrama. Pelajar yang
didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan boleh dikenakan tindakan yang
sewajarnya oleh pihak sekolah.
PENDAFTARAN
1. Tinggal
di asrama adalah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada
pelajar.
2. Murid
wajib mendaftarkan diri sebelum dibenarkan tinggal di asrama.
3. Jangan
ubahsuai/memindahkan/menulis/merosakkan apa-apa peralatan yang telah dibekalkan
di asrama.
4. Sekiranya
terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan sila laporkan kepada warden
asrama
5. Pelajar
dilarang bertukar asrama/bilik tidur/tidur di tempat lain tanpa kebenaran warden.
6.
Sila berpakaian kemas, menutup aurat dan memakai baju batik asrama pada setiap
hari khamis waktu persekolahan. Patuhi kod etika berpakaian.
TINGKAHLAKU DILARANG
6. Merokok/berjudi/menghidu
gam/membawa dan meminum minuman keras/ benda & senjata tajam/alatan
elektrik dan lain-lain yang difikirkan boleh mengancam keselamatan adalah
dilarang sama sekali (rujuk jenis dan kod salahlaku KPM seperti dalam
buku kuning)
7. Membuat
sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik adalah dilarang.
8. Lilin/mancis/mercun
dan bahan bakar yang lain adalah dilarang penggunaannya.
9. Pelajar
dilarang membawa makanan ke asrama.
10. Amalkan sikap menghormati
orang lain. Elakkan bising yang keterlaluan seperti menjerit, menyanyi, bermain
di dalam bilik, mengetuk katil/almari sehingga boleh mengganggu orang lain.
KEBERSIHAN
11. Ketua Dorm mesti menyediakan
jadual bertugas dibilik asrama masing-masing. (Jadual bertugas dan carta
organisasi bilik wajib dipamerkan)
12. Pelajar yang telah ditugaskan,
perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
13. Pelajar harus menjaga
kebersihan bilik & kawasan asrama (Rak Kasut, Dorm, Ampaian, Surau, Bilik
Prep, Bilik TV, Bilik sakit/ Kaunseling, Tandas & Bilik mandi).
14. Kawasan tempat
tidur/kasut/selipar/penyapu harus kemas & tersusun rapi. Buang sampah ke
dalam tong sampah.
15. Pakaian haruslah dijemur pada
ampaian yang telah disediakan. Pelajar dilarang menyidai pakaian yang basah di
dalam bilik.
16. Pelajar wajiib menyertai RUTIN
(gotong royong) asrama pada setiap pagi Sabtu 7.00 – 8.00 pagi.
*dan pada BILA-BILA masa yang
difikirkan perlu mengikut arahan Warden / Penyelia atau guru bertugas.
LAMPU ASRAMA
17. Adalah tanggungjawab penghuni
asrama/pengawas memastikan suis lampu dan kipas ditutup apabila meninggalkan
asrama/bilik. (JIMAT ELEKTRIK)
18. Tidur malam lampu perlu
dipadamkan jam 11.30 malam. Pelajar dilarang berkeliaran dikawasan asrama/kelas
dan lain-lain tempat selepas jam 11.30 malam tanpa kebenaran/penyeliaan
guru/waden.
SAKIT
19. Pelajar yang sakit perlu
mendapatkan rawatan dengan berjumpa penyelia asrama/warden/guru. Jangan
mendiamkan diri.
20. Jangan menghalang kedua-dua
pintu keluar di bilik asrama.
21. Susun katil/almari
dengan teratur tanpa menghalang laluan.
22. Laporkan sebarang kerosakan(suis,
litar elektrik dll)/kejadian yang berlaku kepada waden bertugas dengan
segera.
23. Pelajar dilarang membawa
kenderaan ke asrama.
24. Membawa barang-barang berharga
(Emas/perak) adalah dilarang sama sekali.
25. Amalkan tingkahlaku yang sopan
dari segi berpakaian. Penggunaan seluar Jean adalah dilarang.
26. Pastikan almari dikunci,
duit/Kad pengenalan dibawa bersama setiap kali anda keluar dari asrama.
No comments:
Post a Comment