Bagi menjayakan Misi dan Visi Asrama, pihak admin akan cuba sedaya upaya untuk mengaktifkan laman ini atas sokongan pihak pentadbir sekolah, warga Asrama, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dengan Asrama Puteri SMK. Raja Tun Uda Bayan Lepas Pulau Pinang.
Asrama Puteri SMK. Raja Tun Uda adalah sebuah Asrama desa yang menempatkan hampir 40 orang pelajar puteri sahaja. Asrama ini terletak di tingkat 2 blok H, bertentangan dengan padang sekolah SMKRTU beralamat di Jalan Tengah, 11950 Bayan Lepas Pulau Pinang.
Antara kemudahan umum yang disediakan oleh pihak asrama adalah :
- 2 buah dorm
- Bilik air
- Surau
- Bilik wuduk
- Dewan makan
- Bilik prep
- Bilik sakit
- Mini pusat sumber
- Ruang ICT
- Bilik rehat / televisyen
- Bilik kaunseling
- Pantri
- Rak kasut
- Ampaian
- Rumah warden
- Bilik penyelia
- Stor peralatan
** semua kemudahan yang sedia ada akan di upgrade dari masa ke semasa. Sebarang penambahan dan baik pulih akan dimuatkan dalam laman ini pada masa-masa akan datang sekiranya ada. **
Semoga warga ASPURI memacu kecemerlangan SMKRTU dan akan mencipta inovasi yang baru dalam kehidupan seharian seterusnya membentuk sikap disiplin, sahsiah dan keterampilan yang murni. Asrama merupakan tempat yang paling sesuai untuk membina intergriti dalam diri. Maka marilah kita sama-sama mematuhi peraturan, jadual dan arahan pihak pentadbir supaya matlamat kita untuk menjadi cemerlang akan tercapai.
Sekiranya tiada pengiktirafan kecemerlangan tersebut di dunia ini, ketahuilah bahawa apabila kita ikhlas dalam mengejar kecemerlangan kerana Allah, kecemerlangan kita akan diiktiraf di hari akhirat kelak. Sesungguhnya puteri-puteri sekalian adalah orang yang bakal membuat perubahan kepada Asrama kita. Ingatlah, selembut tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia dan mencipta sejarah.
Usaha murni pihak Asrama untuk membentuk sahsiah mulia pelajar hanya akan tercapai sekiranya pelajar sendiri yang memberi komitmen sepenuhnya. Pelbagai rancangan, persiapan, kertas kerja dan rencana yang dirancang oleh warden, serta pihak pentadbir akan terlaksana seandainya pelajar memberi kerjasama dan terlibat dengan aktif.
Akhir kalam, kami sekali lagi mengalu-alukan kedatangan anda dan mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman ini untuk mendapatkan informasi yang bermanfaat bersama. Hendaknya, perkongsian di laman ini dapat mempamerkan kemajuan kita yang semakin meninggkat mengikut Falsafah Pendidikan Negara dan kita dapat menjulang cita-cita Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar menjadi realiti.
Sekian Terima Kasih..
yang benar,
Ustazah Siti Nooraina Binti Haji Ahmad
merangkap Admin blog asramaSMKRTU
No comments:
Post a Comment