Monday, 11 November 2013

asrama akan di tutup?

assalamualaikum semua.. hari ni admin mendapat satu perkhabaran yang mungkin kurang enak di dengar oleh anak-anak sekalian. ASRAMA SMKRTU mungkin akan di tutup pada tahun hadapan. bermakna tiada lagi pengambilan pelajar asrama akan dilakukan.


namun berita ini masih di peringkat awal. sekolah belum menerima apa-apa surat atau notis berhubung penutupan asrama. kenapa asrama akan di tutup? kerana pihak PPD mahu ada tingkatan 6 di sekolah SMKRTU dan sekolah kita kekurangan bangunan untuk menempatkan tingkatan 6 di kelas.

sehubungan dengan itu, blok asrama mungkin akan di ubahsuai menjadi blok kelas untuk pelajar tingkatan 6 akan datang. itulah makluman yang telah diberitahu oleh Pengetua sendiri kepada admin tadi. maka dengan itu, sama-sama kita berdoa agar asrama kita akan tetap diperlukan.

Namun sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah.. semoga anak-anak sekalian tidak terkilan atau bersedih hati jika tiada lagi kita bersama di asrama yang harmoni ini. jika kita masih menunjukkan komitmen terbaik, admin pasti semua pihak akan memandang kita dan mengekalkan posisi kita sebagai asrama desa yang cemerlang.

jika kita gagal menunjukkan kecemerlangan dan mencapai hasrat murni pihak sekolah serta kementerian, kita akan ketinggalan dan asrama ini tiada lagi alasan yang kukuh untuk dipertahankan. doalah agar semua pelajar asrama yang telah tinggal di sini sepanjang tahun 2013 menjadi contoh terbaik sekolah, mendapat keputusan cemerlang dalam pendidikan dan seorang yang layak untuk menjadi teladan sehingga pihak sekolah dan PPD tahu bahawa pelajar asrama SMKRTU adalah yang terbaik..


sama-sama kita berdoa.. andai benar asrama ini akan di tutup, jenguklah ke sini sekali sekala jika kalian rindu detik kita bersama.. sekian..

Tuesday, 5 November 2013

Aktiviti BBQ ASPURI SMKRTU

Salam sejahtera anak-anak asrama SMKRTU yang dikasihi sekalian. di sini pihak admin ingin berkongsi gambar-gambar sepanjang Aktiviti bersama anak-anak sekalian di asrama kita. semoga perkongsian ini menjadi sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak.

Sesungguhnya Aktiviti kita bersama sentiasa segar dalam ingatan, dan biarlah laman ini menjadi saksi betapa akrabnya anak-anak sekalian dengan kehidupan di asrama yang kita sayangi ini.


 Masihkah anak-anak ingat gambar bersama Ustazah Aina dan Yayah warden kecil kita? gambar ini setelah kita siap membuat gotong royong di kantin. bersemangat membersihkan kantin kerana selesai Jamuan Akhir Tahun 2013.. Tahniah!


Semua berdoa..! syukur.. muka pon khusyuk jaa.. hehe


Atas ni gambar kawan-kawan kita yang teraniaya. guna arang batu yang tak menyala sampai ke sudah.. ahai tak jadi ke buat bakar-bakar sosej ni? kesian kesian kesian.. tapi still happy kan..!


minum dulu eh anak-anak.. best ni air anggur.. haa


Si Yayah dengan belon air.. cakap nak Main semakin jauh semakin sayang. last-last semua belon pecah, tak sempat main kan.. aduh.. tunggu arang terbakar laa katakan..


 ni adik kita yang paling kecik..


 kakak-kakak kita yang dah besar-besar..hahai


weeeee...!! cuba teka, belon ke buah betik? hehe


 arrrrr arang ni.. napa payah sangat nak nyala ni.. arang ke batu? batu boleh terbakar tak?..ish ish.. sapa beli arang ni? haa tak tahu.. haa haa tak tahu..! arr


dengar ucapan ustazah Shalehah kita.. warden yang kita sayang.. khusyuk semua! bagus..


yaa.. bentangkan laporan anda berkenaan Jamuan Akhir Tahun kita.. ok tak? 


ok-ok.. kita goreng laa sosej tu, jangan mengamuk.. arang batu takmau menyala, bukan salah ustazah kita tau.. beliau teman gi beli arang tu jaa.. tapi bukan beliau yang beli.. hehe 


 hihihihihi... kami semua lapar ni.. bakar lambat sangat..adoii


errmmmm.. sapa nak? makan belon nak?

yes..! akhirnya makanan dewan makan dah sampai.. kita makan nasi ni laa..malam nanti baru BBQ lagi.. BBQ kat rumah warden.. goreng pon sodaaaap.. isk..

Sekian dulu.. untuk gambar akan datang, tunggu post pasal rombongan kita.. jumpa lagi dalam entry akan datang.. salam sayang dan RINDU buat asrama Puteri SMKRTU!

RANCANGAN GERAK KERJA ASRAMA SMKRTU 2014


Carta di atas menunjukkan perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 mengikut bulan-bulan tertentu. Perancangan ini masih diperingkat awal dan bakal dibincangkan dengan semua jawatankuasa Induk untuk pengesahan.

Setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk, warden akan memberi taklimat semula kepada pelajar dan ibu bapa. Kemudian semua perancangan akan dijalankan mengikut tempoh seperti yang dirancang.Namun warden akan memaklumkan semula kepada pelajar, jika sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Semua Perancangan ini adalah megikut kehendak perancangan STRATEGIK asrama SMKRTU 2014-2019, yakni perancangan 7 TAHUN yang telah dirangka oleh pihak pentadbir. Sebarang pertanyaan atau makluman semasa, bolehlah berhubung terus dengan warden, penyelia atau jawatankuasa asrama anda.

INGATLAH..

Perancangan Terbaik adalah untuk orang yang TERBAIK.. namun, jika anda tidak mampu menjadi yang TERBAIK seperti yang dirancang, ketahuilah bahawa Perancangan Allah adalah SEBAIK-BAIK rancangan ke atas kita.. ambillah iktibar wahai anak-anak asrama SMKRTU.

:: jadilah yang terbaik buat ibu bapa, sekolah, asrama SMKRTU, masyarakat, negara, bangsa dan agama! ::

Pelan Kawad Kecemasan ASPURI SMKRTU

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, seperti kebakaran, litar pintas, gempa bumi, kerosakkan bangunan secara tiba-tiba dan mendadak serta lain-lain keadaan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan diri, sila jangan panik. ikut arahan untuk keluar dari bangunan dengan SEGERA.! 

Pastikan anda tidak menyembunyikan diri didalam bangunan, atau membiarkan diri anda terperangkap dalam situasi kecemasan yang tidak di ingini. Sila ikut Pelan Lokasi Laluan Kecemasan ASPURI SMKRTU seperti gambar di bawah ini:


Nyawa anda lebih beharga dari segala-galanya. Jika anda tertinggal wang, buku, pakaian atau sebagaiya di dalam bangunan yang berisiko, selamatkan diri anda terlebih dahulu dan JANGAN kembali semula ke dalam bangunan sehingga bangunan benar-benar disahkan selamat oleh pihak keselamatan atau pegawai penyelamat.

Sila patuhi arahan ini dan Ingatlah orang tersayang..! Keselamatan anda tanggungjawab bersama. marilah kita menjaga bangunan Asrama kita daripada sebarang ancaman yang boleh menyebabkan nyawa kita terancam..

::sayangi Asrama, sayangi diri..::

Monday, 4 November 2013

PERATURAN ASRAMA

PERATURAN ASRAMA

Segala peraturan berikut berkuat kuasa sebaik sahaja seseorang pelajar melaporkan diri untuk tinggal di asrama. Pelajar yang didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah.

PENDAFTARAN



1.     Tinggal di asrama adalah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar.
2.     Murid wajib mendaftarkan diri sebelum dibenarkan tinggal di asrama.
3.     Jangan ubahsuai/memindahkan/menulis/merosakkan apa-apa peralatan yang telah dibekalkan di asrama.
4.     Sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan sila laporkan kepada warden asrama
5.     Pelajar dilarang bertukar asrama/bilik tidur/tidur di tempat lain tanpa kebenaran warden.
6. Sila berpakaian kemas, menutup aurat dan memakai baju batik asrama pada setiap hari khamis waktu persekolahan. Patuhi kod etika berpakaian.

TINGKAHLAKU DILARANG


6.     Merokok/berjudi/menghidu gam/membawa dan meminum minuman keras/ benda & senjata tajam/alatan elektrik dan lain-lain yang difikirkan boleh mengancam keselamatan adalah dilarang sama sekali (rujuk jenis dan kod salahlaku KPM seperti dalam buku kuning)
7.     Membuat sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik adalah dilarang.
8.     Lilin/mancis/mercun dan bahan bakar yang lain adalah dilarang penggunaannya.
9.     Pelajar dilarang membawa makanan ke asrama.

10. Amalkan sikap menghormati orang lain. Elakkan bising yang keterlaluan seperti menjerit, menyanyi, bermain di dalam bilik, mengetuk katil/almari sehingga boleh mengganggu orang lain.



KEBERSIHAN

11. Ketua Dorm mesti menyediakan jadual bertugas dibilik asrama masing-masing. (Jadual bertugas dan carta organisasi bilik wajib dipamerkan)
12. Pelajar yang telah ditugaskan, perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
13. Pelajar harus menjaga kebersihan bilik & kawasan asrama (Rak Kasut, Dorm, Ampaian, Surau, Bilik Prep, Bilik TV, Bilik sakit/ Kaunseling, Tandas & Bilik mandi).
14. Kawasan tempat tidur/kasut/selipar/penyapu harus kemas & tersusun rapi. Buang sampah ke dalam tong sampah.
15. Pakaian haruslah dijemur pada ampaian yang telah disediakan. Pelajar dilarang menyidai pakaian yang basah di dalam bilik.
16. Pelajar wajiib menyertai RUTIN (gotong royong) asrama pada setiap pagi Sabtu 7.00 8.00 pagi.

*dan pada BILA-BILA masa yang difikirkan perlu mengikut arahan Warden / Penyelia atau guru bertugas.

LAMPU ASRAMA



17. Adalah tanggungjawab penghuni asrama/pengawas memastikan suis lampu dan kipas ditutup apabila meninggalkan asrama/bilik. (JIMAT ELEKTRIK)
18. Tidur malam lampu perlu dipadamkan jam 11.30 malam. Pelajar dilarang berkeliaran dikawasan asrama/kelas dan lain-lain tempat selepas jam 11.30 malam tanpa kebenaran/penyeliaan guru/waden.

SAKIT


19. Pelajar yang sakit perlu mendapatkan rawatan dengan berjumpa penyelia asrama/warden/guru. Jangan mendiamkan diri.



20. Jangan menghalang kedua-dua pintu keluar di bilik asrama.
21. Susun katil/almari dengan  teratur tanpa menghalang laluan.
22. Laporkan sebarang kerosakan(suis, litar elektrik dll)/kejadian yang berlaku kepada waden bertugas dengan segera.
23. Pelajar dilarang membawa kenderaan ke asrama.
24. Membawa barang-barang berharga (Emas/perak) adalah dilarang sama sekali.
25. Amalkan tingkahlaku yang sopan dari segi berpakaian. Penggunaan seluar Jean adalah dilarang.
26. Pastikan almari dikunci, duit/Kad pengenalan dibawa bersama setiap kali anda keluar dari asrama.

JAWATANKUASA ASRAMA

jawatankuasa asrama 2014

Jawatankuasa Induk Aspuri

Pengetua                  : Pn. Hajah Wan Lijah Binti Wan Daud
PK HEM                   : En. Zaidi Bin Hamzah
PK 1                          : En. Johari Bin Ahmad
PK Kokurikulum       : Pn. Asiah Binti Mat
Warden Asrama      : Pn. Siti Nooraina Binti Haji Ahmad
                                   : Cik. Shalehah Binti Dahari@Zahari
Penyelia Asrama     : Pn. Juliana Binti Jaafar
Kaunselor                 : Pn. Idura Binti Mohd Zain
Guru Agama             : Ust. Latif Bin Mat

Guru Disiplin             : Ust. Muhammad Shukri Bin Harun

Visi, Misi, Falsafah, Slogan & Motto Asrama

VISI

Asrama sebagai entiti yang berorientasikan tindakan proaktif dan inovatif bagi melahirkan pelajar cemerlang.

TEMA

Kemenjadian Murid Tanggungjawab bersama.

MISI

  1. Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.
  2. Meningkatkan pengurusan fizikal yang kondusif.
  3. Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti.
  4. Membangunkan sahsiah pelajar ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  5. Menghasilkan satu pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab.

FALSAFAH ASRAMA

Dengan kemudahan yang terdapat di asrama semoga segala pelajaran dan pembelajaran yang terancang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara demi untuk mempertingkatkan skil pelajar-pelajar yang tinggal di asrama disambut pula dengan cara-cara belajar yang dirancang dengan teratur semoga murid-murid di asrama menjadi insan yang soleh dan bertanggungjawab kepada negara dan dapat meyakinkan diri mereka untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang dinamik dan mempunyai sikap toleransi di antara satu sama lain.

SLOGAN
Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu”


MOTTO
Aktif, Progresif dan Berbakti


 1.

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum warga Asrama SMKRTU yang disayangi sekalian. Selamat datang ke Blog Asrama Puteri SMKRTU. Tanggal 4 November 2013, laman ini telah dibina khas untuk mengabdikan saat-saat indah, suka duka, aktiviti, program, dan laporan-laporan  berkenaan ASPURI SMKRTU.

Bagi menjayakan Misi dan Visi Asrama, pihak admin akan cuba sedaya upaya untuk mengaktifkan laman ini atas sokongan pihak pentadbir sekolah,  warga Asrama, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dengan Asrama Puteri SMK. Raja Tun Uda Bayan Lepas Pulau Pinang.

Asrama Puteri SMK. Raja Tun Uda adalah  sebuah Asrama desa yang menempatkan hampir 40 orang pelajar puteri sahaja. Asrama ini terletak di tingkat 2 blok H, bertentangan dengan padang sekolah SMKRTU beralamat di Jalan Tengah, 11950 Bayan Lepas Pulau Pinang.

Antara kemudahan umum yang disediakan oleh pihak asrama adalah :

  1. 2 buah dorm
  2. Bilik air
  3. Surau
  4. Bilik wuduk
  5. Dewan makan
  6. Bilik prep 
  7. Bilik sakit
  8. Mini pusat sumber
  9. Ruang ICT
  10. Bilik rehat / televisyen
  11. Bilik kaunseling
  12. Pantri
  13. Rak kasut
  14. Ampaian
  15. Rumah warden
  16. Bilik penyelia
  17. Stor peralatan
** semua kemudahan yang sedia ada akan di upgrade dari masa ke semasa. Sebarang penambahan dan baik pulih akan dimuatkan dalam laman ini pada masa-masa akan datang sekiranya ada. **

Pihak admin mengucapkan selamat datang kepada semua warga ASPURI SMKRTU dan keselesaan anda keutamaan kami... Di harap, blog yang baru dilancarkan ini akan meneruskan kelansungannya sehingga lebih cemerlang dan mendapat pengiktirafan oleh semua pihak kini mahupun akan datang.

Semoga warga ASPURI memacu kecemerlangan SMKRTU dan akan mencipta inovasi yang baru dalam kehidupan seharian seterusnya membentuk sikap disiplin, sahsiah dan keterampilan yang murni. Asrama merupakan tempat yang paling sesuai untuk membina intergriti dalam diri. Maka marilah kita sama-sama mematuhi peraturan, jadual dan arahan pihak pentadbir supaya matlamat kita untuk menjadi cemerlang akan tercapai.

Sekiranya tiada pengiktirafan kecemerlangan tersebut di dunia ini, ketahuilah bahawa apabila kita ikhlas dalam mengejar kecemerlangan kerana Allah, kecemerlangan kita akan diiktiraf di hari akhirat kelak. Sesungguhnya puteri-puteri sekalian adalah orang yang bakal membuat perubahan kepada Asrama kita. Ingatlah, selembut tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia dan mencipta sejarah.

Usaha murni pihak Asrama untuk membentuk sahsiah mulia pelajar hanya akan tercapai sekiranya pelajar sendiri yang memberi komitmen sepenuhnya. Pelbagai rancangan, persiapan, kertas kerja dan rencana yang dirancang oleh warden, serta pihak pentadbir akan terlaksana seandainya pelajar memberi kerjasama dan terlibat dengan aktif. 

Akhir kalam, kami sekali lagi mengalu-alukan kedatangan anda dan mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman ini untuk mendapatkan informasi yang bermanfaat bersama. Hendaknya, perkongsian di laman ini dapat mempamerkan kemajuan kita yang semakin meninggkat mengikut Falsafah Pendidikan Negara dan kita dapat menjulang cita-cita Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar menjadi realiti.

Sekian Terima Kasih..

yang benar,

Ustazah Siti Nooraina Binti Haji Ahmad
merangkap Admin blog asramaSMKRTU

Sunday, 3 November 2013

Hubungi Kami

ALAMAT:

Asrama Puteri (ASPURI),
SMK Raja Tun Uda,
Jalan Tengah,
11950 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

No. telefon SMK Raja Tun Uda: 

Tel = 046432772

Fax = 6046420593


EMAIL:

asramasmkrtu@gmail.com

PETA LOKASI: